ASSALAMMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA...TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG SAINS BESTARI. SAMA-SAMA KITA BERKONGSI MAKLUMAT...

CHATTING BERSAMA CIKGU HAZITA

INFO SEMASA

SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1434H/2012



KUALA LUMPUR – Sebagai memperingati tahun baru Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menganjurkan Majlis Himpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1434H/ 2012, hari ini.
Majlis yang diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan suasana penuh harmoni.
Turut hadir bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa.
Pada tahun ini, tema ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’ dipilih bagi memberi gambaran tentang seseorang individu itu perlu tegas tetapi tidak ekstrim dalam menyelesaikan sesuatu hal yang berkaitan prinsip.
Gambaran yang diberikan itu adalah sama seperti bagaimana Nabi Muhammad SAW melakukan transformasi dalam melaksanakan tanggungjawabnya kepada umat Islam semasa melakukan penghijrahan.
Pada majlis itu, acara dimulakan dengan bacaan doa oleh Imam Besar Masjid Putra, Manaf Mat dan kemudian diikuti dengan bacaan ayat Al-Quran oleh Johan Qari Peringkat Antarabangsa, Amirahman Abas.
Selepas itu, majlis diperdengarkan dengan ucapan kata alu-aluan oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Acara kemuncak bagi Majlis Sambutan Maal Hijrah 1434H/ 2012 tiba apabila pengerusi majlis mengumumkan nama penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah pada tahun ini.
Ia menjadi milik bekas Setiausaha Agung Kehormat kepada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Allahyarham Tan Sri Datuk Dr Abdul Hamid Othman, 73.
Walaupun beliau telah pergi menghadap Illahi, tetapi jasanya kepada negara tetap dikenang sampai bila-bila.
Penganugerahan itu disampaikan oleh Najib kepada isteri Allahyarham, Puan Sri Jamilah Mohd Said.
Selaku penerima anugerah, Allahyarham menerima wang tunai RM100,000, sebuah plak dan sijil penghargaan.
Selain perhimpunan itu, sambutan Maal Hijrah kali ini juga turut dipenuhi beberapa program seperti Forum Perdana Khas, Majlis Bacaan Doa Selamat, lawatan ke rumah Orang Asli dan Kurang Upaya (OKU) yang akan dilakukan oleh beberapa agnesi kerajaan.

========================================================================
========================================================================
TAHNIAH......SKAT 

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada murid-murid SK Ayer Tawar dan  guru-guru yang bertungkus lumus mendidik anak-anak ini tanpa kenal erti putus asa. Tahniah di atas kejayaan yang diraih...UPSR 2012

Tahniah......Kenangan bersama Guru Besar, Guru-guru, PIBG dan ibu bapa murid yang cemerlang


1 comment:

  1. Hari ini 1 Nov 2012, 2 peristiwa dijalankan di SKAT...
    1.Ceramah Kesihatan oleh Pegawai Kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah Manjung
    2.Kem Bestari Solat untuk murid-murid tahap 1

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...