ASSALAMMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA...TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG SAINS BESTARI. SAMA-SAMA KITA BERKONGSI MAKLUMAT...

CHATTING BERSAMA CIKGU HAZITA

Saturday 24 November 2012

TABIAT PEMAKANAN HAIWAN



HAIWAN DAN MAKANAN YANG DIMAKANNYA

Haiwan memerlukan makanan untuk terus hidup. Makanan yang dimakan oleh haiwan adalah berbeza antara satu dengan yang lain. Haiwan-haiwan tersebut boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut tabiat pemakanannya. Ada haiwan yang makan tumbuhan sahaja, ada haiwan yang makan daging atau haiwan lain dan ada haiwan yang makan tumbuhan dan haiwan lain. Di sini cikgu berikan contoh-contoh haiwan dan makanannya. Moga ianya dapat dijadikan rujukan dan panduan  semua.

HAIWAN YANG MAKAN TUMBUHAN SAHAJA


kambing makan rumput
kuda makan rumput
lembu makan rumput


                                        







@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

HAIWAN YANG MAKAN HAIWAN LAIN
 
buaya makan ayam
harimau makan anak singa
ular makan katak












@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

HAIWAN YANG MAKAN TUMBUHAN DAN HAIWAN LAIN


Kucing makan ikan

Kucing juga makan nasi (padi).Jadi kucing makan tumbuhan dan juga haiwan lain.









  
Ayam makan hampas kelapa(tumbuhan )

Ayam juga makan cacing (haiwan). Jadi ayam makan kedua-dua iaitu tumbuhan dan haiwan lain


Beruang makan buah


beruang juga makan ikan.Jadi beruang makan kedua-dua sekali















DOKUMEN STANDARD DST (KSSR)


Assalammualaikum..dan Salam 1 Malaysia. Sekiranya anda inginkan bahan-bahan berikut:
  • Dokumen Standard DST Tahun 1
  • Dokumen Standard DST Tahun 2
  • Dokumen Standard DST Tahun 3
  • Dokumen Standard Prestasi DST Tahun 1
  • Dokumen Standard Prestasi DST Tahun 2
  • Dokumen Standard Prestasi DST Tahun 3
  • Bahan -bahan KSSR tahun 1, 2 dan 3
SILA  KLIK PADA ALAMAT  URL INI

 http://www.kssronline.com/p/kssr.html

CTH RPH dst thn2


Thursday 22 November 2012


ANAK-ANAK DIDIK TERSAYANG.....2 BESTARI 2012

Terima kasih...anak-anak 2 Bestari kerana memberi kerjasama dan sentiasa menunjukkan sikap, semangat, dan nilai-nilai yang baik serta kerjasama yang erat sepanjang tahun 2012....
Banyak kejayaan yang diraih... Kita Kongsi Bersama

2 Bestari.....Johan..Kelas Berwajah Patriotik 2012

2 Bestari....JOHAN Pertandingan Kebersihan & Keceriaan Kelas 2012



2 Bestari...JOHAN Pertandingan Lagu Patriotik Bulan Kemerdekaan



Tempat Ketiga ...Sajak Kemerdekaan ( Khalidah 2 Bestari )



Johan Bulanan..... 5 kali....

Persembahan 2 Bestari Kump 1...Sambutan Hari Kanak-Kanak

Persembahan 2 Bestari Kump 2...Sambutan Hari Kanak-Kanak


Bukti Kemenangan...Johan Kebersihan & Keceriaan Kelas 2012




KEPERLUAN ASAS HAIWAN

Haiwan memerlukan makanan, air , udara dan tempat perlindungan. Semua ini dinamakan keperluan asas haiwan. Keperluan asas ini penting kepada haiwan untuk terus hidup.

 



Haiwan memerlukan makanan
untuk membesar dan terus hidup
  






Haiwan  memerlukan udara untuk bernafas


 
Haiwan memerlukan tempat perlindungan untuk 
melindungi diri dari hujan, panas, bahaya dan musuh.






Haiwan memerlukan air untuk minum. Haiwan minum untuk keseimbangan suhu badannya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...